kelesuan otot,glikolisis,kitaran kreb dan pengankutan elektron..
i.Kelesuan otot.
merujuk kepada kemerosotan kapasiti otot meregang
dengan stimulasi yang berulang. Keadaan ini menyebabkan
prestasi individu menurun. Perbincangan tentang kelesuan memberi tumpuan kepada:
i.Sistem
tenaga (ATP-PC, glikolisis dan pengoksidanan)
ii.Pengumpulan hasil sampingan metabolik
iii.Sistem saraf
iv.Mekanisme kegagalan penguncupan gentian
ii. Glikolisis
Mekanisme proses glikolisis boleh berlaku secara
anaerobik dan aerobik. Tindakan kimia sama yang berlaku
tetapi hasil sampingan ini yang membezakan proses yang
berlaku secara anaerobik dan aerobik.
Dalam glikolisis
anaerobik, asid piruvik bertukar menjadi asid laktik.
iii. Kitaran kreb
Merupakan siri tindakan kimia yang mengoksidakan
sepenuhnya enzim Acetyl CoA. Pada akhir siri tindakan, dua
mol ATP akan terbentuk dan karbohidrat akan dipecahkan ke
bentuk karbon dan hidrogen. Karbon
akan bergabung dengan oksigen untuk membentuk karbon
dioksida. Karbon dioksida dinyahkan daripada sistem fisiologi
menerusi sistem respiratori.
iv. Pengangkutan elektron
Hidrogen ialah unsur yang dibebaskan menerusi
proses glikolisis dan Kitaran kreb. Hidrogen akan bergabung dengan dua
koenzim yang dikenali sebagai NAD (nicotinamide adenine
dinucleotide) dan FAD (flavin adenine dinucleotide).
Enzim-enzim NAD dan FAD membawa atom hidrogen ke RPE. Pada
rantaian ini, berlaku proses pemecahan hidrogen kepada elektron dan proton.Elektron pada RPE berfungsi untuk membolehkan proses fosforilasi
adenosin dwifosfat (ADP) bagi membentuk ATP. Jumlah ATP yang boleh dijana daripada tindakan ini adalah 34 mol tetapi mekanisme penjanaan
ATP berlaku tanpa had. Pada akhir proses RPE, ion-ion H+ akan bergabung dengan oksigen untuk membentuk air.
Proses ini bertujuan untuk mengelakkan pengasidan sel otot.Keadaan ini adalah sebab utama mengapa kelesuan
otot yang dialami ketika melakukan aktiviti daya tahan tidak kronik seperti ketika melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan
kekuatan dan kuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan