NO.MATRIK :CT10210234
NAMA :HARUNIZAL
BIN ABD HALIM KURSUS : TD20103 - Fungsi
Muskuloskeletal dan Pergerakan Manusia
SOALAN ASSIGNMENT
1:
Berikan
penjelasan dan perbezaan bentuk badan Ectomorph, Mesomorph dan Endomorph, sila
sertakan gambar rajah, contoh dan rujukan.
ECTOMORPH
Bentuk
Badan
Bagi mereka yang berada dalam kategori ini biasanya bertubuh kurus, Mempunyai berat badan yang ringan, sendi yang kecil dan otot yang kurang berlemak. Selalunya bagi yang berbentuk badan ectomorph mempunyai anggota badan seperti tangan dan kaki yang kurus serta mempunyai otot yang berserabut. Bahagian Bahu juga mempunyai kelebaran yang agak kecil.
Sifat
Tipikal
1.
Rangka badan dan struktur tulang yang kecil.
2.
Bahagian dada yang rata.
3.
Bahu yang kecil.
4.
Bertubuh kurus.
5.
Otot yang kecil
6.
Sukar untuk menambah berat badan.
7.
Mempunyai kadar metabolisme yang tinggi.
Bentuk
Senaman
Untuk
senaman pula perlu menumpukan pada bahagian otot besar dengan menjalani latihan
kecergasan yang agak berat. Anda perlu melakukan bnayak pergerakan dan makan
yang banyak kalori. Kebanyakan jurulatih kecergasan menyarankan untuk
menggabungkan antara dua atau tiga latihan kecergasan bagi satu-satu bahagian
badan dengan 3 hingga 4 set setiapnya dan pengulangan antara 6 hingga 10 kali paling
maksimum.
Latihan
kecergasan yang berat amat digalakan untuk semua bahagian otot secara kerap dan
intensif. Latihan dari jenis kardio juga antara yang disrankan untuk
mengekalakan tahap kecergasan tetapi dalam kadar yang sedikit. Terlalu banyak
latihan kardio hanya akan mempertingkatkan kadar metabolisme.
Corak Pemakanan
Ectomorph
juga sukar untuk menambahkan berat badan. Mempunyai kadar metabolisme yang
tinggi di mana kandungan kalori dan lemak mampu terbakar dengan kadar yang
pantas. Untuk menaikan kadar badan, ectomorph memerlukan kalori dengan jumlah
yang besar. Pengambilan suplemen juga digalakan dan diet yang baik untuk
ectomorph ialah kandungan yang tinggi dalam karbohidrat, protein dan lemak.
MESOMORPH
Bentuk
Badan
Individu yang berada dalam
kategori ini memiliki struktur tulang yang besar, otot yang besar dan selalunya
mempunyai bentuk fizikal seperti atlet.
Mesomorph adalah kategori bentuk badan yang terbaik untuk ahli bina
badan . Mudah untuk menambah berat badan dan juga senang untuk menurunkan berat
badan. Secara semula jadinya, agak kuat untuk mendapatkan otot yang lebih
mantap.
Mesomorph mempunyai sepenuh tenaga dan berkemapuan
melakukan banyak aktiviti fizikal. Selalunya bentuk badan sebegini menyimpan
lemak di semua bahagian badan dan boleh mendapat berat badan yang berlebihan
jika menyimpan kandungan lemak dan
kalori yang sangat tinggi. Mesomorph yang memiliki berat badan yang
berlebihan mempunyai risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular.
Oleh itu Mesomorph perlu mengekalkan diet yang sihat dan bentuk latihan senaman yang bersesuaian.
Oleh itu Mesomorph perlu mengekalkan diet yang sihat dan bentuk latihan senaman yang bersesuaian.
Sifat
tipikal
1.
Brntuk tubuh atlet
2.
Mempunyai otot-otot yang mantap.
3.
Badan berbentuk segi empat.
4.
Kuat.
5.
Mudah membentuk otot.
6.
Mudah meningkatkan kadar lemak berbanding
ectomorph.
7.
Memiliki bahagian punggung yang agak kecil
tetapi bahagian bahu yang agak lebar.
8.
Memiliki tahap badan di tahap sederhana atau
besar.
Bentuk
Senaman
Disebabkan mesomorph memiliki tenaga otot yang mantap,
latihan kecergasan yang berat dan sederhana amat digalakan. Untuk setiap
kumpulan otot utama untuk melakukan antara tiga hingga empat latihan. Anda
boleh menukar jenis dan cara latihan kecergasan itu mengikut keadaan dan
kemempuan. Namaun jangan sesekali melakukan latihan kecergasan di luar
kemampuan ini untuk mengelakkan dari sebarang kecederaan. Berikan tumpuan
sepenuhnya dan dapatkan rehat yang secukupnya.
Kebanyakan jurulatih kecergasaan menyerankan tiga jenis
latihan dan menggabungkan untuk semua bahagian badan, 3 hingga 4 set set setiap
bahagian dengan 12 hingga 15 pengulangan secara maksimum bagi mendapkan kesan
yang berpanjangan. Amalkan latihan kecergasan di bawah tempoh masa satu jam dan
anda juga boleh melakukan teknik yang lebih laju seperti Drop sets,Forced Sets,
Strip Sets atau Super Sets.
Corak
Pemakanan
Nutrisi dan tabiat pemakanan
membuatkan anda kurang mengambil pemakanan yang sepatutnya. Untuk pengetahuan
anda bentuk badan jenis ini memerlukan anda mangambil makanan dari pelbagai
jenis.
ENDOMORPH
Bentuk
Badan
Jenis
badan endomorph agak gempal dengan otot yang lembik yang mana bentuk badan ini
mudah mengumpul lemak di dalam badan. Kaedah pencernaannya bagi endomorph adalah agak perlahan.
Selalunya mereka yang endomorph ini bertubuh pendek dan memiliki lengan serta
kaki yang tebal. Mereka yang mempunyai bentuk badan ini memiliki otot yang agak
kuat teruta sekali otot kaki. Mereka mudah melakukan senaman kaki seperti Squat.
Jenis badan ini juga tetap senang meningkatkan berat badan kerana mempunyai banyak lemak berbanding otot. Untuk mengekalkan tahap lemak secara minimum, anda perlu kerap melakukan latihan kardio dan pengambilan suptemen tidak digalakan sama sekali.
Sifat
Tipikal
1.
Memiliki isi yang agak lembut dengan bentuk
badan yang agak bulat.
2.
Membina otot dan lemak dengan sangat cepat
serta mudah.
3.
Secara umumnya bertubuh pendek dan gempal.
4.
Sangat susah untuk menurunkan berat badan.
5.
Kadar metabolisma yang agak perlahan.
Bentuk
Senaman
Selalunya jurulatih kecergasan akan menyarankan anda
melakukan 2 set untuk setiap satu jenis latihan kecergasan bersama pengulangan
antara 10 hingga 12 kali untuk mendapakan keputusan yang terbaik. Pastikan
pilihan kecergasan itu berupaya menambahkan kadar metabolisma anda. Latiah
berbentuk kardio atau aerobik amat disarankan kerana membantu membakar kalori
dan lemak dengan sistematik.
Corak
Pemakanan
Bagai pemakanan endomorph anda perlu mengurangkan makan
yang tidak bersesuaian dengan nutrisi yang tidak diperlukan. Corak pemakanan
perlu diseimbangkan dengan latihan kecergasan yang dilakukan, jika tidak ia
akan menbantukan usaha anda untuk menurunkan berat badan. Selain itu juga
banykan minum air dan mangambil permakanan yang kaya dengan serat. Kedua-duanya
membantu menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh badan anda.
Mengambil makan yang mempunyai kadar lemak yang rendah
iaitu antara 20% dari jumlah makanan yang diambil. Makan lebih banyak protein
dan minyak yang berkhisat seperti minyak
zaitun, minyak walnut dan minyak almond. Pada masa yang sama juga jangan
abaikan makanan yang mengandungi karbohidrat tetapi kurangkan pengambilannya
dan makanlah makan yang lambat menyerap karbohidrat. Selain itu juga hendaklah
makan dengan kuantiti yang kecil tetapi kerap bagi mengekalkan kadar tenaga
anda sepanjang hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan