30 Mei 2012

SISTEM SARAF PUSAT


NAMA :HARUNIZAL BIN ABD HALIM

NO MATRIK :CT10210234

NAMA KURSUS : FUNGSI MUSKULOSKELETAL DAN PERGERAKAN MANUSIA

Jelaskan istilah berikut: a) Sistem saraf pusat (Central Nervous System - CNS). b) Sistem saraf periferi (Peripheral Nervous System - PNS) c) System saraf autonomik (Autonomic Nervous System - ANS)

SISTEM SARAF PUSAT

Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang yang terletak pada kaviti dorsal badan. Sistem saraf ini berperanan sebagai pusat intergrasi dan kawalan sistem saraf.

Otak


Otak berfungsi sebagai tempat untuk mentafsir maklumat. Ia terbahagi kepada Serebrum, Serebelum dan Medula Oblangata.

Serebrum berfungsi sebagai :

a. Tempat kawalan saraf / impuls dan tafsir impuls.

b. Pusat intelek, ingatan dan kewarasan.

c. Pusat kawalan pergerakan.

d. Pusat kawalan deria (sentuhan, penglihatan, bau, pendengaran).

e. Mengawal tindakan terkawal.

Serebelum berfungsi sebagai :

a. Menyelaras pergerakan badan.

b. Mengawal keseimbangan badan.

Medula Oblangata adalah penyambung saraf tunjang ke otak. Ia berfungsi sebagai :

a. Mengawal tindakan luar kawalan.

b. Kadar denyutan jantung.

c. Kadar respirasi (pernafasan).

d. Kadar peristalsis (pergerakan salur esofagus).

e. Pengembangan dan pengecutan salur darah.

f. Bersih, batuk, muntah.

Terdapat dua bahagian otak yang turut sama memainkan peranan yang penting sistem saraf pusat iaitu Talamus dan Hipotalamus. Talamus berfungsi sebagai :

a. Pusat integrasi maklumat.

b. Terlibat dalam persepsi kesakitan dan keseronokan.

c. Menerima maklumat daripada serebrum dan bahagian otak lain yang mengawal emosi.

Manakala Hipotalamus pula berfungsi untuk :

a. Mengawal suhu badan.

b. Keseimbangan air dalam badan.

c. Tekanan darah dan emosi.

d. Penguraian karbohidrat dan lemak (lipid).

Saraf Tunjang


Saraf tunjang berfungsi untuk menghubungkan otak ke seluruh badan dan bertindak sebagai pusat tindakan pantulan. Bermula dari Medula Oblongata hingga ke hujung ruangan tulang belakang. Saraf tunjang bukan sebahagian tulang vertebrata. Bahagian dalam saraf tunjang terdiri daripada jirim kelabu (badan sel). Bahagian luar saraf tunjang terdiri daripada jirim putih (gentian saraf). Di sepanjang saraf tunjang terdapat 31 pasang saraf spina. Saraf spina terbahagi kepada dua:

a. Akar dorsal

b. Akar ventral

Arka refleks

Peristalsis

SISTEM SARAF PERIFERI


Sistem ini terdiri daripada saraf-saraf unjuran dari otak dan saraf tunjang. Saraf –saraf sensori(aferen) membawa impuls dari reseptor sensori pelbagai bahagian tubuh ke sistem saraf pusat. Saraf moto(eferen membawa impuls dari sistem saraf pusat ke organ-organ, otot-otot dan kelenjar untuk menghasilkan perlakuan.

Sistem saraf periferi boleh diklasifikasikan kepada sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik.Sistem saraf somatik membolehkan kawalan kepada otot-otot rangka. Sistem saraf autonomik mengawal atur aktiviti otot-otot kardiak dan licin serta kelanjar yang di luar kawalan.

SISTEM SARAF AUTONOMIK

Saraf Autonomik merupakan sistem saraf yang mengawal tindakan luar kawalan manusia seperti peristalsis (pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan) dan rembesan kelenjar (Bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar organ pencernaan bagi melakukan fungsi tertentu). Ia bersambung dengan sistem saraf pusat (CNS) kepada beberapa organ seperti jantung dan aster.

Ia terdiri dari 3 jenis saraf, iaitu:

a. 31 pasang sarafspinal

b. 12 pasang saraf kranial

c. Bahagian autonomi sistem saraf simpatetik dan para simpatetik

Kebanyakan saraf ANS terdiri dari fiber saraf sensor yang membawa impuls dari organ ke otak. Fiber saraf motor menghantar impuls dari otak ke organ melalui spinal cord seperti otot skeletal, otot licin dan kelenjar. Fiber saraf berkumpul menjadi satu berkas (bundles). Setiap berkas mempunyai beberapa lapisan tisu perantara iaitu:

a. Lapisan Endoneurium

 Lapisan halus

 Lembut meliputi setiap saraf dari luar bersambung ke perineurium dengan septa.

b. Lapisan Perineurium

 Tisu licin yang mengelilingi bekas fiber.

c. Lapisan Epineurium

 Mengandungi dan mengikat beberapa bekas fiber saraf, kebanyakannya saraf-saraf utama.

Saraf Spinal

Terdiri dari 31 pasang. Semua saraf berasal dari korda spinal yang terletak di dalam kanal vertebra. Saraf ini keluar dari carnal vertebra melalui pembukaan di kiri dan kanan kanal vertebra yang dinamakan foramen intervertebra. Bahagian penamatnya di paras vertebra lumbar pertama dan

berlanjutan ke bawah di dalam carnal vertebra di ruang subarachnoid. Saraf ini meninggalkan carnal vertebra di paras lumbar, sacral dan coccygeal yang sesuai bergantung kepada destinasi masing-masing. Setiap saraf bermula dari kiri dan kanan

d. saraf spinal keluar melalui foramen intervertebra.

e. setiap saraf terbentuk dari gabungan saraf motor dan sensor (mixed nerves).

f. setiap saraf spinal mempunyai hubungan dengan bahagian simpatetik pada sistem saraf autonomik.

Saraf Karanial

Terdapat 12 pasang saraf kranial keluar dari nuklei di otak.

Membekalkan bahagian:

a) kepala

b) leher

c) sebahagian besar organ internal(viseral)

Terdiri daripada:

a. Saraf sensori

b. Saraf motor

c. Saraf campuran (mixed)

Saraf diberi nama dan nombor mengikut lokasi dan fungsinya. NO NAMA SARAF JENIS SARAF FUNGSI
i Olfactory Sensori Deria pembauan.
ii Optik Sensori Deria penglihatan .
iii Oculomotor Motor Menggerakkan bola mata pada arah berlainan dan perubahan saiz pupil mata.
iv Trochlear Motor Menggerakkan bola mata.
v Trigeminal Campur Membawa deria dari muka.
vi Abducent Motor Mengawal abduksi pada otot rektus lateral.
vii Facial Campur Saraf motor- membekal otot ekspresi muka.
Saraf sensori- impuls dan tunas rasa.
viii Vestibulocochlear Sensori Menghantar impuls ke serebelum yang mengatur tonus otot-otot di seluruh tubuh untuk memelihara keseimbangan tubuh.
ix Glossopharygeal Campur Fiber motor-merangsang otot-otot faring dan sel-sel rembes di kelenjar-kelenjar paratiroid.
Saraf sensori- mengalirkan impuls ke korteks serebrum di posterior lidah, tonsil, faring dan dari tunas rasa (taste bud) di lidah faring.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan