5 Jun 2012

KECRGASAN DAN KESIHATAN BADAN


TOPIK 5 ( KECRGASAN DAN KESIHATAN BADAN )



AKTIVITI

1.       Pada Pendapat anda, Apakah faktor-faktor yang menjadikan sesorang individu itu malas bersenam?



Dalam kehidupan kita aktiviti fizikal atau bersenam memberi banyak faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial, dan emosi serta boleh mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Selain itu juga bersenam akan menjadikan otak lebih cergas dan aktif.

Tetapi ada juga dikalangan individu yang malas untuk melakukan aktiviti bersenam. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang berikut:



a.       Persekitaran

b.      Psikologi

c.       Sosiologi



FAKTOR PERSEKITARAN

-          Kurang Penakanan  ke atas PJ di Sekolah

-          Kurang Program rekreasi yang diminati oleh kaum wanita.

-          Latar belakang keluarga yang tidak meminati sukan

-          Pengaruh  teknologi yang menghalang dan membuatkan mereka malas.

-          Keadaan cuaca yang tidak sesuai

-          87% kekurangan masa kerana kerja dan belajar dan 30.5% melaksanakan tanggungjawab di rumah.

-          Kedudukan tempat bersukan yang terlalu jauh



FAKTOR PSIKOLOGI

-          Kurang keyakinan dengan kemampuan diri.

-          Rasa tidak selesa dengan pendidikan luar

-          Bimbang dengan kemunculan dan penilaian terhadap tubuh badan mereka

-          Bagi kaum wanita bimbang badan akan berotot seperti lelaki

-          Takut dianggap kelakian dan tidak ada kewanitaan

FAKTOR SOSIOLOGI

-          Penumpuan kepada kerja lain yang lebih penting

-          Kurang sokongan dari kawan-kawan, adik beradik dan keluarga

-          Pengaruh individu dimana aktiviti yang dilakukan tidak menunjukkan kesan positif atau peningkatan.

-          Wanita kini lebih suka kepada kecantikan

-          Tidak berminat dengan sukan

-          Menganggap tidak ada sebarang faedah.



2.       Ceritakan pengalaman anda dengan individu yang tidak suka bersenam?



Pengalaman saya dengan  seorang kawan yang tidak suka bersenam dan saya menamakan dia sebagai si Wan(bukan nama sebenar).  Dari segi kopensasi badan Wan merupakan seorang yang agak berisi(gemuk). Wan berkerja sebagai seorang kakitangan kerajaan. Setiap kali saya hendak membawa bersenam beliau akan memberitahu yang dia sangat sibuk dan tidak ada masa untuk bersenam.Pada masa yang sama juga belaiu sukan menghabiskan masa dengan bermain permainan Play Station 2 di rumah bersama kawan-kawan yang lain.

Selain itu juga Wan selalu berkata “buat apa bersenam? Saya ditakdirkan sebagai seorang gemuk.Saya berpendapat bahawa ini merupakan alasan yang tidak boleh diterima sama sekali.Ia seperti mengaku bahawa ada yang tidak kena tentang dirinya .

Wan juga selalu berkata “saya diet, tak payah nak bersenam lah” Perkataan diet ialah salah satu terma yang paling  gemar digunakan dan juga disalah gunakan oleh orang ramai yang cuba untuk mengurangkan berat badan! Diet tidak bermakna anda berpuasa dan mengikat perut anda dari makan.
































Tiada ulasan:

Catat Ulasan