20 Mac 2012

BENTUK TUBUH BADAN


NO.MATRIK       :CT10210234                                                                                   
NAMA                  :HARUNIZAL BIN ABD HALIM                                                                                                                                                                         KURSUS         : TD20103 - Fungsi Muskuloskeletal dan Pergerakan Manusia

SOALAN ASSIGNMENT 1:

Berikan penjelasan dan perbezaan bentuk badan Ectomorph, Mesomorph dan Endomorph, sila sertakan gambar rajah, contoh dan rujukan.

ECTOMORPH

Bentuk Badan


Bagi mereka yang berada dalam kategori ini biasanya bertubuh kurus, Mempunyai berat badan yang ringan, sendi yang kecil dan otot yang kurang berlemak. Selalunya bagi yang berbentuk badan ectomorph mempunyai anggota badan seperti tangan dan kaki yang kurus serta mempunyai otot yang berserabut. Bahagian Bahu juga mempunyai kelebaran yang agak kecil.

Sifat Tipikal

1.    Rangka badan dan struktur tulang yang kecil.

2.    Bahagian dada yang rata.

3.    Bahu yang kecil.

4.    Bertubuh kurus.

5.    Otot yang kecil

6.    Sukar untuk menambah berat badan.

7.    Mempunyai kadar metabolisme yang tinggi.



Bentuk Senaman

Untuk senaman pula perlu menumpukan pada bahagian otot besar dengan menjalani latihan kecergasan yang agak berat. Anda perlu melakukan bnayak pergerakan dan makan yang banyak kalori. Kebanyakan jurulatih kecergasan menyarankan untuk menggabungkan antara dua atau tiga latihan kecergasan bagi satu-satu bahagian badan dengan 3 hingga 4 set setiapnya dan pengulangan antara 6 hingga 10 kali paling maksimum.           

Latihan kecergasan yang berat amat digalakan untuk semua bahagian otot secara kerap dan intensif. Latihan dari jenis kardio juga antara yang disrankan untuk mengekalakan tahap kecergasan tetapi dalam kadar yang sedikit. Terlalu banyak latihan kardio hanya akan mempertingkatkan kadar metabolisme.

Corak Pemakanan

Ectomorph juga sukar untuk menambahkan berat badan. Mempunyai kadar metabolisme yang tinggi di mana kandungan kalori dan lemak mampu terbakar dengan kadar yang pantas. Untuk menaikan kadar badan, ectomorph memerlukan kalori dengan jumlah yang besar. Pengambilan suplemen juga digalakan dan diet yang baik untuk ectomorph ialah kandungan yang tinggi dalam karbohidrat, protein dan lemak.



MESOMORPH

Bentuk Badan

Individu yang berada dalam kategori ini memiliki struktur tulang yang besar, otot yang besar dan selalunya mempunyai bentuk fizikal seperti atlet.  Mesomorph adalah kategori bentuk badan yang terbaik untuk ahli bina badan . Mudah untuk menambah berat badan dan juga senang untuk menurunkan berat badan. Secara semula jadinya, agak kuat untuk mendapatkan otot yang lebih mantap.

            Mesomorph mempunyai sepenuh tenaga dan berkemapuan melakukan banyak aktiviti fizikal. Selalunya bentuk badan sebegini menyimpan lemak di semua bahagian badan dan boleh mendapat berat badan yang berlebihan jika menyimpan kandungan lemak dan  kalori yang sangat tinggi. Mesomorph yang memiliki berat badan yang berlebihan mempunyai risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular.
Oleh itu Mesomorph perlu mengekalkan diet yang sihat dan bentuk latihan  senaman yang bersesuaian.

Sifat tipikal

1.    Brntuk tubuh atlet

2.    Mempunyai otot-otot yang mantap.

3.    Badan berbentuk segi empat.

4.    Kuat.

5.    Mudah membentuk otot.

6.    Mudah meningkatkan kadar lemak berbanding ectomorph.

7.    Memiliki bahagian punggung yang agak kecil tetapi bahagian bahu yang agak lebar.

8.    Memiliki tahap badan di tahap sederhana atau besar.

Bentuk Senaman

            Disebabkan mesomorph memiliki tenaga otot yang mantap, latihan kecergasan yang berat dan sederhana amat digalakan. Untuk setiap kumpulan otot utama untuk melakukan antara tiga hingga empat latihan. Anda boleh menukar jenis dan cara latihan kecergasan itu mengikut keadaan dan kemempuan. Namaun jangan sesekali melakukan latihan kecergasan di luar kemampuan ini untuk mengelakkan dari sebarang kecederaan. Berikan tumpuan sepenuhnya dan dapatkan rehat yang secukupnya.

            Kebanyakan jurulatih kecergasaan menyerankan tiga jenis latihan dan menggabungkan untuk semua bahagian badan, 3 hingga 4 set set setiap bahagian dengan 12 hingga 15 pengulangan secara maksimum bagi mendapkan kesan yang berpanjangan. Amalkan latihan kecergasan di bawah tempoh masa satu jam dan anda juga boleh melakukan teknik yang lebih laju seperti Drop sets,Forced Sets, Strip Sets atau Super Sets.

Corak Pemakanan

Nutrisi dan tabiat pemakanan membuatkan anda kurang mengambil pemakanan yang sepatutnya. Untuk pengetahuan anda bentuk badan jenis ini memerlukan anda mangambil makanan dari pelbagai jenis.



ENDOMORPH

Bentuk Badan

Jenis badan endomorph agak gempal dengan otot yang lembik yang mana bentuk badan ini mudah mengumpul lemak di dalam badan. Kaedah pencernaannya  bagi endomorph adalah agak perlahan. Selalunya mereka yang endomorph ini bertubuh pendek dan memiliki lengan serta kaki yang tebal. Mereka yang mempunyai bentuk badan ini memiliki otot yang agak kuat teruta sekali otot kaki. Mereka mudah melakukan senaman kaki seperti  Squat.


            Jenis badan ini juga tetap senang meningkatkan berat badan kerana mempunyai banyak lemak berbanding otot. Untuk mengekalkan tahap lemak secara minimum, anda perlu kerap melakukan latihan kardio dan pengambilan suptemen tidak digalakan sama sekali.

Sifat Tipikal

1.    Memiliki isi yang agak lembut dengan bentuk badan yang agak bulat.

2.    Membina otot dan lemak dengan sangat cepat serta mudah.

3.    Secara umumnya bertubuh pendek dan gempal.

4.    Sangat susah untuk menurunkan berat badan.

5.    Kadar metabolisma yang agak perlahan.

Bentuk Senaman

            Selalunya jurulatih kecergasan akan menyarankan anda melakukan 2 set untuk setiap satu jenis latihan kecergasan bersama pengulangan antara 10 hingga 12 kali untuk mendapakan keputusan yang terbaik. Pastikan pilihan kecergasan itu berupaya menambahkan kadar metabolisma anda. Latiah berbentuk kardio atau aerobik amat disarankan kerana membantu membakar kalori dan lemak dengan sistematik.

Corak Pemakanan

            Bagai pemakanan endomorph anda perlu mengurangkan makan yang tidak bersesuaian dengan nutrisi yang tidak diperlukan. Corak pemakanan perlu diseimbangkan dengan latihan kecergasan yang dilakukan, jika tidak ia akan menbantukan usaha anda untuk menurunkan berat badan. Selain itu juga banykan minum air dan mangambil permakanan yang kaya dengan serat. Kedua-duanya membantu menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh badan anda.

            Mengambil makan yang mempunyai kadar lemak yang rendah iaitu antara 20% dari jumlah makanan yang diambil. Makan lebih banyak protein dan minyak yang berkhisat seperti minyak  zaitun, minyak walnut dan minyak almond. Pada masa yang sama juga jangan abaikan makanan yang mengandungi karbohidrat tetapi kurangkan pengambilannya dan makanlah makan yang lambat menyerap karbohidrat. Selain itu juga hendaklah makan dengan kuantiti yang kecil tetapi kerap bagi mengekalkan kadar tenaga anda sepanjang hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan