24 Mac 2012

SUKAN SEPANJANG HAYAT


Topik 1 : Definasi dan falsafah sukan sepanjang hayat dan rekriasi

Aktiviti 1

Bincangkan dan rumuskan apakah yang dikatakan sukan, rekriasi dan kesenggangan berdasarkan pemahaman anda.



         Sukan, Rekreasi dan Kesenggangan adalah, aktiviti yang melibatkan tenaga dan fizikal yang bertujuan untuk mengekalkan dan  meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. perbezaan tujuan inilah membezakan sifat sesuatu sukan.

Sukan

         Sukan terdiri daripada yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronoksn , pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya.perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.contohnya berlari secara bersaing di hadapan ribuan pernonton dikira sebagai sukan tetapi, berlari sendirian di taman adalah merupakan aktiviti rekreasi

         Sukan mengandungi dua aspek iaitu, latihan kemahiran berguna secara rekreasi dan peraturan-peraturan mengejar kecemerlangan. Kecemerlangan bermaksud kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran terdahulu, catatan masa, rekod dunia dan sebagainya.

         Terdapat dua kategori sukan iaitu, sukan fizikal dan sukan akal. Sukan fizikal adalah sukan yang mengunakan kekuatan, stamina, kelajuan dan beberapa kemahiran. Manakala sukan akal ialah sukan yang mengunakan kemahiran berpikir dengan mengunakan strategik.

         Perbezaan sukan permainan dan latihan ialah.permainan adalah sukan yang tidak mempunyai tujuan tetapi boleh berubah kepada sukan apabila latihan dilakukan yang bertujuan meningkatkan kemahiran dan kemampuan seseorang untuk mencapai semangat bersaing dan seterusnya membawa kepada kecemerlangan.



Tiga jenis sukan :



·         Lumba  :Lumba lari

·         Lawan : Bola sepak


·         Pencapaian : Bina badan



Rekreasi  



         Rekreasi ialah aktiviti yang dirancangdan dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk pertanding tetapi untuk memperoleh keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Aktiviti rekreasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu aktiviti rakreasi luar dan aktiviti rakreasi dalam. Aktiviti rekreasi luar dilakukan di luar daripada rumah, contoh aktiviti rekreasi luar ialah bermain basikal, bermain guli, aktiviti lasak seperti mendaki, memancing dan juga berakit seperti gambar rajah di bawah. Inilah adalah antara aktiviti rekreasi luar yang dilakukan.



Aktiviti rekreasi dalam pula seperti bermain piano, melukis, dan bermain catur.





Kesenggangan



         Perkataan kesenggangan atau senggang merujuk kepada penggunaan masa terluang. Tujuan kesenggangan adalah masa terluang untuk merancang untuk sesuatu aktiviti yang dilakukan pada masa lapang.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan