5 Jun 2012

Aktiviti Rekreasi Luar


Latihan 1

Rakyat Malaysia telah menjalani projek atau ekspedisi yang hebat seperti berenang merentasi Selat Inggeris, mendaki Gunung Everest dan eksplorasi Antartika. Bagaimanakah projek sebegini boleh mempengaruhi remaja Malaysia lebih berminat kepada aktiviti rekreasi luar?

         Masa kini rakyat Malaysia banyak mengikuti ekspedisi yang hebat seperti berenang merentasi Selat Inggeris, mendaki Gunung Everest dan eksplorasi Antartika. Remaja Malaysia perlu dipengaruhi dengan aktiviti-aktiviti sihat sebegini agar terhindar daripada masalah serta gejala sosial yang tidak bermoral. Kokurikulum di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar di semua sekolah menengah dan sekolah rendah. Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu badan beruniform, satu sukan atau permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah. Menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan menilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah.

         Remaja Malaysia boleh di pengaruhi bermula dengan sokongan ibu bapa di rumah serta dorongan guru-guru di sekolah. Sokongan ibu bapa bukan hanya dari segi kata-kata malah segala kos dan keperluan anak-anak perlu disediakan. Manakala di sekolah pula, guru-guru hendaklah menggalakkan pelajar supaya terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan merancang aktiviti-aktiviti menarik minat pelajar menyertainya. Aktiviti-aktiviti tersebut seperti jungle tracking, paintball, menyelam dan aktiviti yang bersesuaian dengan jiwa remaja masa kini. Selain itu, 1M1S (satu Malaysia, satu Sukan) juga perlu diterapkan di semua sekolah bagi mendidik pelajar untuk terus terlibat dalam budaya bersukan ini. Penerapan konsep 1M1S ini mampu memberikan akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Selain itu juga, konsep ini dapat membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

Konsep 1M1S ini banyak memberi peluang kepada murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap agar dapat mencapai tahap yang lebih tinggi dalam bidang sukan. Bakat yang digilap bermula daripada sekolah rendah mampu mempengaruhi murid-murid setelah meningkat remaja mengikuti ekspedisi atau projek hebat seperti berenang merentasi Selat Inggeris, mendaki Gunung Everest dan eksplorasi Antartika.

        



Latihan 2

Senaraikan lima jenis aktiviti rekreasi luar dan bincangkan kebaikan aktiviti sebagai rekreasi sepanjang hayat.

1.   Berenang

        Renang merupakan satu rekreasi yang boleh memberikan kebaikan kepada yang yang mengikutinya. Hal ini demikian, berenang adalah salah satu cara untuk melegakan diri serta badan. Berenang ni boleh menghilangkan stress samada stress kerja, masalah peribadi, atau kewangan, bila kita berenang, otak kita automatik akan tenang sebentar, sebab gerak geri berenang adalh terapi bagi otak.



2.         Kembara hutan

        Kembara hutan juga merupakan aktiviti rekreasi luar yang mempunyai kebaikan. Kembara hutan mampu memberikan ketenangan kepada yang menyertainya. Ketenangan yang di hutan adalah berbeza disertai dengan suasana hutan yang damai, udara yang bersih serta kicauan burung-burung hutan mampu memberikan kedamaian dan kebahagian kepada peserta. Menikmati anugerah yang dikurniakan Tuhan mampu meningkatkan rasa hormat dan cinta kepada alam semulajadi.



3.         Menyelam (Diving)

        Aktiviti menyelam juga merupakan rekreasi luar yang semakin di minati oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Menikmati keindahan dasar laut yang terpelihara mampu memberikan ketenangan, aspirasi serta rasa hormat dan cinta kepada alam dasar laut. Antara kelebihan berscuba diving:meningkatkan fungsi Jantung dan Paru-Paru. Jantung dan paru-paru kite sentiasa dipenuhi dengan minyak, asap dan cara pemakanan yang tidak terkawal yang menyebabkan ia lemah. Dengan diving jantung akan lebih sehat dan kuat. Menyelam juga boleh melatih penafasan. Penafasan amat penting dalam scuba diving untuk mengekalkan imunisi tubuh. Menyelam juga boleh membentuk otot dan membakar kalori.



4.         Paintball

        Paintball merupakan sukan yang sangat merangsang dan menarik. Memainkan permainan ini memberikan satu peluang untuk memperbaharui kanak-kanak dalaman di kalangan mereka yang. Ia membolehkan satu untuk memaksimumkan rasa pengembaraan, tanpa risiko nyawa dan anggota untuk tergesa-gesa yang dicari. Terdapat beberapa sebab populariti paintball: Ia adalah sukan pasukan yang membolehkan seseorang untuk menghapuskan pihak lawan dari permainan tanpa dihukum kerana ia. Malah, mengeluarkan lawan salah satu bahagian yang sangat banyak permainan. Ia adalah survival yang paling bijak dan paling cepat. Seterusnya ada rasa yang kuat bahaya, tidak semestinya satu fizikal. Ancaman dipecat daripada permainan menjadikannya lebih menarik untuk peserta. Tetapi oleh kerana ia hanya satu permainan, takut tidak cukup untuk membuat satu mental-tidak berupaya. Dengan peralatan keselamatan yang betul, tiada siapa yang benar-benar dalam apa-apa bahaya sebenar. Ia adalah semua dalam minda. Semua pemain adalah sama. Pengalaman adalah asas-satunya kelebihan ke atas pemain lain. Faktor-faktor seperti bangsa, jantina dan umur tidak meletakkan salah satu lebih awal daripada yang lain. Tidak perlu bagi seorang pemain untuk menganiaya lawannya supaya dia boleh disingkirkan daripada permainan. Satu hanya perlu untuk menembak lawan, yang boleh dilakukan dari jarak yang agak selamat. Sangat beberapa kecederaan dan tiada kematian telah mengakibatkan bermain paintball.



5.         Bola Sepak

        Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya. Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah: pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh. Pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.   Penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol. Sukan bola sepak boleh mengurangkan berat badan. Bola sepak adalah cara yang efektif untuk menurunkan berat badan berbanding sukan lain. Jadi, ia bererti bahawa berjalan boleh membantu anda menurunkan berat badan. Apabila anda berjalan, permintaan tenaga dari tubuh anda menjadi sangat tinggi, yang biasanya akan menyebabkan peningkatan metabolisme. Berat badan tidak hanya tentang diet, harus digabungkan dengan latihan yang tepat dan banyak Rejimen fizikal. Berjalan dan berlari akan menguatkan sistem kardiovaskular anda secara keseluruhan dan memanjangkan umur anda. Meningkatkan peredaran darah adalah manfaat lain dari bermain bola sepak. Hal ini tidak hanya akan membuat anda cocok, tetapi juga akan membantu jantung dan sistem secara keseluruhan kardiovaskular anda dengan baik. Otot-otot memerlukan lebih banyak oksigen, paru-paru juga perlu menggunakan kapasiti maksimum untuk bekalan oksigen yang cukup di seluruh tubuh. Selain paru-paru, arteri dan hati anda juga akan mendapatkan latihan yang cukup untuk mengepam darah ke seluruh tubuh anda. Berjalan juga terbukti menurunkan risiko serangan jantung mempunyai serta menurunkan kesempatan anda mempunyai tekanan darah meningkat. Selain itu, semua kegiatan yang diperlukan oleh perlawanan bola sepak akan membuat tubuh lebih flexible.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan